Sunday, March 24, 2013

Manusia Jijik

Mahasiswa perlu berhatri hati dengan agenda peribadi Anwar Ibrahim yang akan mengambil peluang dalam program yang beliau lakukan bersama Mahasiswa Mahsiswa. Berhati hati sebelum menjadi mangsa kerakusan manusia jijik bernama Anwar Bin Ibrahim

Read more...

Wednesday, January 27, 2010

GEMPUR - Warkah Buat Anwar Ibrahim


Di harapkan seluruh rakyat tak mengira Bangsa, Agama dan Fahaman Politik agar dapat menghantar warkah buat Anwar Ibrahim agar hadir ke perbicaraan yang akan berlangsung pada 2hb Febuari 2010 ini.

Jika sebelum ini Anwar Ibrahim menangguhkan Kes Liwat ini sehingga berlanjutan tahun demi tahun maka sudah sampai masanya Anwar Ibrahim berserta 12 orang peguam nya membuktikan kepada Mahkamah dan juga seluruh Rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahimm punya BUKTI dan ALIBI bagi menyangkal tuduhan LIWAT yang di hadapinya.

Kami seluruh Rakyat Malaysia juga ingin Perbicaraan ini berlangsung dengan adil dan saksama. Segala BUKTI dan juga KETERANGAN dari PENGADU, SAKSI dan juga TERTUDUH akan kami nilai dan perhalusi.

Read more...

Sunday, December 13, 2009

Sokongan Buat Saiful Bukhari Terus Bergema Di Mana Sahaja


Suara sokongan buat saudara Saiful Bukhari tidak pernah putus-putus dilaungakan oleh rakyat Malaysia ini. Malah sokongan ini telah memberikan saudara Saiful Bukhari kekuatan dan keyakinan dalam menghadapi kes liwat nya ini.

Sokongan dari kita jugalah yang telah memberi satu laungan dan amaran kepada DSAI agar tidak lagi menanguhkan kes Liwat nya itu ataupun cuba untuk mengugurkan kes nya sebelum bicara. Ternyata suara rakyat dalam menuntut keadilan buat saudara Saiful Bukhari bertambah kuat dan jitu setiap hari.

Moga saudara Saiful Bukhari sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan yang melanda ini. Allah sentiasa melindungi umatnya yang berada di dalam kesusahan.

Justice 4 Saiful

Yang Hak Pasti Berdiri
Yang Bathil Pasti Jatuh

Read more...

Monday, November 30, 2009

Mahkamah Akan Gugurkan Kes Liwat D.S.Anwar Ibrahim?


Esok Mahkamah akan menentukan sama ada kes Liwat D.S.Anwar Ibrahim akan di Gugurkan mahupun tidak. Dimanakah keadilan buat Saiful Bukhari sekiranya keputusan Mahkamah memihak kepada D.S.Anwar Ibrahim? Bagaimana dengan caci maki dan fitnah yang di tanggung selama ini. Apakah Rakyat ingin lihat Keadilan juga telah di Liwat?


Bukti dan segala keterangan sudah lama siap dalam menjalankan perbicaraan Kes Liwat ini. malah Pihak Pendakwaan juga sudah lama bersiap sedia dari segi mental dan fizikal dalam menyangkal pembelaan dari pihak D.S.Anwar Ibrahim yang menghantar 12 orang peguam bagi mewakilinya.

Karpal Singh merupakan ketua Peguam dalam kes Liwat D.S.Anwar Ibrahim ini. Apakah karpal juga takut berhadapan dengan perbicaraan Liwat ini?

Saudara Saiful Bukhari yang telah lama menanggung derita akibat perbuatan yang tidak berperikemanusian oleh D.S.Anwar Ibrahim ini pastinya kecewa jika mahkamah mengugurkan kes liwat ini yang mana sebelum perbicaraan di jalankan.

Janganlah kerana D.S.Anwar Ibrahim ini bergelar Dato Sri maka tidak perlu kes Liwat ini dibicarakan. Janganlah kerana D.S.Anwar Ibrahim bekas TPM maka Gugurkan sahaja kes Liwat ini. Apakah Saiful Bukhari tidak punya maruah? Apakah kerana Saiful Bukhari rakyat biasa maka tidak berhak baginya mendapat pembelaan?

Diharapkan semua rakyat Malaysia dapat mendoakan agar Kes Liwat ini tidak digugurkan dan seharusnya di jalankan perbicaraan ini dengan segera. Pastinya semua rakyat ingin mengetahui akan perjalanan Kes Liwat ini apabila di bicarakan di mahkamah Kelak.

Yang Hak Pasti Berdiri
Yang Bathil Pasti Jatuh.

Link Menarik




Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Saiful bukhari Hadir ke Mahkamah Dengan Tenang Dan Sabar


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Perbicaraan penuh kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim belum pun bermula - namun pengadu dalam kes itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini muncul di Mahkamah Tinggi di sini.

Kemunculan pertamanya itu ditemani bapa, Azlan Mohd. Lazim dan peguam, Zamri Idrus serta beberapa pengawal peribadi.

Pemuda berusia 24 tahun itu kelihatan tenang memasuki mahkamah pada pukul 8.40 pagi ketika galeri awam masih kosong sebelum ditempatkan di bilik saksi.

Sehingga selesai prosiding sebutan kes liwat itu kira-kira pukul 10 pagi, Mohd. Saiful langsung tidak menemui bekas majikannya itu yang hadir di mahkamah bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding berakhir, Mohd. Saiful berkata, dia hadir ke mahkamah hari ini untuk melihat sendiri perkembangan kes tersebut.

Menurutnya, dia sudah lama bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa walaupun perbicaraan dimulakan esok.

''Saya mohon agar pihak yang terlibat di dalam kes saya ini dapat mempercepatkan prosiding agar saya dapat memberi keterangan secepat mungkin tanpa perlu menunggu lebih lama lagi.

''Diharap pihak tertuduh tidak lagi berdolak-dalik dalam perkara ini.

''Sudah hampir setahun setengah saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga bersabar menunggu hari perbicaraan sebenar untuk kebenaran ditegakkan,'' katanya yang berkemeja cerah, kot hitam dan bersongkok.

Mohd. Saiful juga yakin masyarakat sudah lama menunggu bermulanya perbicaraan penuh kes itu kerana ia merupakan platform yang adil dan terbaik untuk mana-mana pihak mencabar apa jua bukti serta keterangan yang akan diberikannya.

Ditanya mengenai penangguhan demi penangguhan kes itu, katanya, dia kecewa dan sedih kerana telah setahun setengah kes itu masih tidak dapat dibicarakan.

Saksi utama dalam tuduhan kes liwat kali kedua terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun memberi sepenuh kepercayaan kepada mahkamah untuk menetapkan tarikh perbicaraan penuh.

Dia turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan moral kepadanya termasuk rakan-rakan blogger, forum dan laman-laman sosial di Internet termasuk Facebook.

Sementara itu, Azlan memberitahu, setelah lebih setahun menunggu perbicaraan pihaknya akan tetap bersabar kerana telah menjangkakan kes itu hanya akan dibicarakan pada tahun hadapan.

''Kalau kita boleh menunggu satu setengah tahun, kenapa tidak boleh menunggu dua atau tiga bulan lagi. Saya serahkan kepada budi bicara mahkamah,'' katanya.

Anwar, 62, didakwa meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Kes tersebut dijadualkan disebut semula di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 23 November ini.

sumber Utusan malaysia Online

Kenyataan Saiful Bukhari jelas mengambarkan sikap seorang yang penyabar walaupun telah setahun berlalu kes liwat ini. Dengan perbicaraan yang masih belum bermula kerana faktor Tertuduh Anwar Ibrahim yang cuba melengah-lengahkan perbicaraan ini maka sudah jelas yag tertuduh mempunyai niat yang curang dalam menghadapi kes liwat ini.

Kami di Kelab Justice 4 Saiful akan terus menyokong perjuangan Saiful Bukhari dalam mendapatkan keadilan yang sewajarnya dalam hal ini. Keadilan buat mangsa perlulah di perjuangkan tampa mengira sebarang ancaman yang mungkin jua kami di Justice 4 saiful ini terima.

Kesabaran seluruh ahli keluarga Saiful Bukhari serta Tunang nya yang setia mengambarkan sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang dalam memberikan Hikmah dan Hidayah buat umatnya yang tertindas ini. Moga seluruh keluarga Saiful Bukhari dan tunang nya terus memberikan semangat dan ransangan untuk saiful bukhari dalam meniti hari hari yang mendatang ini.

We All Support Saiful Bukhari

Yang Hak Pasti Berdiri

Yang Bathil Pasti Jatuh

Read more...

Monday, November 2, 2009

Warkah Untuk Anwar!

Read more...

Friday, October 30, 2009

Rakaman Sah Saiful Bukhari Bersumpah (MUBAHALAH)



YANG HAK PASTI BERDIRI
YANG BATHIL PASTI JATUH

Bersama lah kita mendapatkan keadilan buat mangsa liwat Anwar Brahim ini. Tegakkan keadilan buat Saiful bukhari dalam mendapatkan keadilan demi maruah yang di nodai Anwar Brahim.

Doa anda sekalian juga membantu dalam perjuangan ini.

Read more...

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP